Tak semua manusia ni dilahirkan dgn kebahagiaan.
Ada yg bertuah, bahagia dgn family, dan bahagia dgn partner.
Ada jugak yg bahagia dgn family, perfect, tapi tak bahagia dgn partner.
Ada yg kurang bertuah, tak berapa bahagia dgn family, tapi Allah bagi dia pasangan yg boleh membahagiakan dia.
Ada jugak yg langsung tak bahagia dgn family dan pasangan.
Aku bersyukur sgt yg aku dilahirkan mempunyai keluarga yg lengkap, ada ups and downs, tak dilimpahi dgn kemewahan tapi cukup utk hidup dgn selesa. Dan alhamdulillah, aku ada si dia, yg aku percaya rasa apa yg aku rasa.
Kadang-kadang bila aku ada row dgn siblings aku, or ayah, or ibu, aku akan rasa sedih, marah. Aku rasa kecewa. Tapi kejap je, sebab lepas tu aku rasa bersyukur yg aku ada adik-adik, ayah dan ibu utk dibawak ber-argue, bergurau. Ada org yg tak bernasib baik, takde ayah, ibu. Kalau ada pun, mungkin tak macam keluarga aku. Mungkin parents terlalu sibuk. Mungkin parents selalu bertengkar. Kan?
Kadang-kadang bila aku berselisih faham dgn si dia, aku akan rasa down sgt, aku akan rasa kenapa aku tak pernah nak dpt kebahagiaan yg berpanjangan. Tapi bila aku fikir balik, aku bertuah sebab aku ada si dia utk dibawak bergaduh, merajuk, memujuk. Ada org yg takde si dia, kalau ada pun mungkin seteruk exes aku.
Bak kata ibu,
Kalau kita rasa kita malang, tak bahagia, tak bernasib baik, fikir balik. Ada orang yg lebih kurang bernasib baik daripada kita. Seteruk mana pun kita rasa, cuba ingat, yg ada orang lain yg rasa lebih teruk daripada kita.
Syukur dgn apa yg kita ada. Hargai segalanya, jangan sampai bila kehilangannya, baru kita rasa awful, kita tak pernah hargainya sebelum ni.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.. Kau beri aku kebahagiaan dgn keluargaku, dari aku lahir, kecil, sampailah aku dewasa ni.. Kau beri aku kebahagiaan dgn si dia.. Kau berikan aku jalan dan ruang utk aku berjaya dlm pelajaranku..
Jadi Ain, sila berusaha keras utk kejayaan di masa hadapan, dan jgn lupa utk bersyukur dgn apa yg kau ada sekarang. Kalau kau rasa kau susah, ingat, ada orang yg lebih susah daripada kau..







